Kes remaja bawah umur pandu kereta dirujuk kepada TPR

Mohamad Nordin (Laporan Sinar Harian pada 9 September lalu.)
Mohamad Nordin (Laporan Sinar Harian pada 9 September lalu.)
A
A
A

IPOH - Kertas siasatan kes seorang remaja perempuan bawah umur memandu sebuah kereta di kawasan perumahan yang videonya tular di laman sosial Facebook 'Sayang-sayang DSV' telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, ia adalah prosedur biasa bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes terbabit selepas kertas siasatan mengenainya dilengkapkan.

"Pemandu yang terlibat telah dikenalpasti dan polis telah mengambil keterangan remaja itu di kediamannya minggu lalu.

“Dengan itu, kertas siasatan kes terbabit telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Jadi kita akan tunggu keputusan pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan media, polis memaklumkan bahawa identiti remaja terbabit sedang dikenalpasti untuk siasatan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.

Video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 lalu di kawasan berhampiran Meru Hills di sini.

ARTIKEL BERKAITAN Remaja pandu kereta dalam Facebook Sayang-Sayang DSV dicari

Artikel Berkaitan: