Naik bas di Hulu Besut untuk mencuri di Kuala Terengganu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua beradik sanggup meredah perjalanan lebih lebih dua jam semata-mata hendak mencuri di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Bagaimanapun hasrat dua wanita masing-masing berusia 21 dan 23 tahun itu tidak kesampaian apabila dicekup pengawal keselamatan di pasar raya berkenaan sebelum diserahkan kepada polis kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan sanggup datang dari Kampung Keruak, Hulu Besut dengan menaiki bas semata-mata hendak mencuri di pasar raya itu.

“Gerak geri kedua-dua beradik ini yang mencurigakan diperhatikan oleh pengawal keselamatan bertugas sebelum dicekup ketika sedang asyik memasukkan pelbagai barang dicuri di dalam beg dibawa masing-masing.

“Semasa ditahan, turut dirampas pelbagai jenis barang bernilai keseluruhan hampir RM1,000 termasuk dua helai tudung bawal tabur, satu unit beg duit wanita dan lelaki, tiga helai jubah wanita, lapan unit cermin mata dan beberapa jenis tudung serta shawl termasuk kerongsang,” katanya.

Sumber berkata, kedua-duanya seterusnya diserahkan kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah kawasan pentadbiran Balai Polis Chabang Tiga di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad hari ini membenarkan kedua-dua beradik itu ditahan reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Artikel Berkaitan: