'Sasaran MU hanya menang piala'

Luke Shaw
Luke Shaw
A
A
A

TONGGAK pertahanan Manchester United, Luke Shaw menegaskan sasaran pasukan itu adalah untuk memenangi trofi dan bukan hanya mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat terbaik.

Menurutnya, United tidak boleh terus ketinggalan kepada pasukan lain dalam EPL dan mesti sekurang-kurangnya memenangi satu trofi musim ini.

“Kami sudah bersedia untuk saingan musim ini. Kami perlu kuat dan fokus untuk menang trofi dan bukan hanya berada dalam kedudukan empat terbaik.

"Pasukan seperti United harus menjulang sekurang-kurangnya satu trofi musim ini untuk kembali menjadi antara pasukan terkuat di Eropah," katanya.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu berjaya menamatkan saingan EPL di kedudukan tiga terbaik dalam saingan liga musim lalu selain berjaya mara ke saingan separuh akhir Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga.

Bagaimanapun, The Red Devils masih gagal untuk muncul juara EPL sejak kali terakhir pada 2013 dan turut gagal memenangi sebarang trofi selepas kejayaan mereka menjulang Liga Europa dan Piala Liga tiga tahun lalu.

United akan membuka tirai kempen EPL 2020/2021 menentang Crystal Palace pada Ahad ini dengan Shaw menyifatkan ia tempoh pra musim yang sangat singkat untuk pasukan membuat persiapan.

"Ini perasaan yang sangat pelik, terutama bagi saya. Saya tidak merasakan saya mempunyai banyak cuti.Tetapi inilah apa yang kami perlu lalui.

Artikel Berkaitan:

"Anda perlu bersedia, apa sahaja yang berlaku, dan ini adalah salah satu senario di mana kami mempunyai ramai pemain bertaraf dunia yang sudah tidak sabar untuk kembali beraksi," katanya.