X

Kindly register in order to view this article
!

Syed Saddiq jawab Tun M isu pecah undi Melayu

Laporan Sinar Harian berkaitan kenyataan Dr Mahathir sebelum ini.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membalas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa parti anak muda akan memecah undi terutama orang Melayu.

Syed Saddiq seperti dilapor Malaysiakini berkata, beliau sangat menghormati Dr Mahathir tetapi tugasnya kini ialah menyatukan rakyat tanpa mengira kaum.

"Saya bukan di sini (dalam politik) hanya untuk menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Parti Syed Saddiq pecahkan undi terutama Melayu'

Parti orang muda Syed Saddiq tidak akan berjaya: Tun M

Syed Saddiq tubuh parti baharu

"Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia menjadi kekuatan kita," katanya.

Sebelum ini dalam satu wawancara, Dr Mahathir mendakwa parti anak muda yang mahu ditubuhkan oleh Syed Saddiq akan memecahkan sokongan pengundi terutama dalam kalangan orang Melayu.

Jelasnya, kewujudan lebih banyak parti hanya akan menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan pembangkang kalah.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menjelaskan bahawa parti baharu itu akan di pimpin oleh anak muda dan ia tidak eksklusif untuk golongan muda sahaja.

"Parti ni akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!