PRN Sabah: Pas gerakkan jentera bantu PN

Tuan Ibrahim pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Tuan Ibrahim pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Meskipun tidak mempunyai sebarang kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)Sabah, Pas akan menggerakkan jenteranya bagi membantu Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya itu.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau akan ke Sabah bagi melancarkan jentera Pas.

"Esok saya akan ke Sabah dan pelancaran jentera Pas akan dibuat malam esok di Kota Kinabalu," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, Pas mempunyai jenteranya di 20 bahagian.

"Ia melibatkan kira-kira 2,000 ahli parti," katanya.

Ditanya mengenai kempen di pertembungan parti gabungan PN di beberapa kerusi, beliau berkata, ia terserah kepada strategi PN.

"Setiap hari ada mesyuarat PN bagi PRN ini, jadi kita serah kepada strategi," katanya.

Sabtu lalu, Pas akur terhadap keputusan pucuk kepimpinan untuk tidak meletakkan calon pada PRN Sabah walaupun mengakui sebahagian besar ahli kecewa dengan keputusan itu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Proses penamaan calon bermula

LIVE: Penamaan Calon PRN Sabah