EWG bantu program e-sukan

Syed Mohamad Nazrin (tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa dan wakil pertubuhan belia pada Majlis Pelancaran Program Bimbingan: Pembangunan E-Sukan Remaja di Kolej Cosmopoint Kuantan di sini, kelmarin.

A
A
A

KUANTAN - Kelab Sukan Elektronik Eastern Wolves Gangz (EWG) melancarkan Program Bimbingan: Pembangunan E-Sukan Remaja bagi mengangkat sukan elektronik (e-sukan) di negeri ke satu tahap yang lebih tinggi.

Program bertujuan membuka peluang kepada lebih ramai remaja berumur 8 hingga 18 tahun untuk menceburi bidang e-sukan dengan lebih sistematik.

Pengerusi EWG, Syed Mohamad Nazrin Syd Zahari berkata, pelancaran program itu selari dengan matlamat penubuhan kelab untuk melahirkan atlet e-sukan profesional yang berdaya saing dan berprestasi tinggi.

"Sebagai permulaan 20 orang peserta akan menjadi perintis utama bagi modul ini di bawah tunjuk ajar ahli EWG yang berpengalaman," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Syed Mohamad Nazrin (barisan kedua, dua dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa EWG, wakil pertubuhan belia dan para peserta pada Majlis Pelancaran Program Bimbingan: Pembangunan E-Sukan Remaja di Kolej Cosmopoint Kuantan di sini, kelmarin.

Syed Mohamad Nazrin berkata, program pembangunan e-sukan yang dilancarkan di Kolej Cosmopoint Kuantan di sini 6 September lalu itu mendapat sokongan penuh Majlis Belia Daerah Kuantan dan Gerakan Belia 4B Pahang.

Beliau juga berharap mendapat sokongan kerajaan negeri dengan menyediakan kemudahan khusus untuk membangunkan e-sukan.

"Kekangan seperti tiada pusat latihan yang lengkap dan peralatan sukan terkini akan membantutkan semangat golongan muda menikmati pembangunan sukan ini dengan lebih sempurna," katanya.

Artikel Berkaitan: