Janda dan kekasih dijel seminggu kerana berkhalwat

Seorang pembantu jurujual berstatus janda bersama kekasihnya dijatuhi hukuman seminggu penjara dan denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat.
Seorang pembantu jurujual berstatus janda bersama kekasihnya dijatuhi hukuman seminggu penjara dan denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pembantu jurujual berstatus janda bersama kekasihnya dijatuhi hukuman seminggu penjara dan denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat.

Wanita berusia 32 tahun dan pasangannya yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin turut berdepan hukuman dua bulan penjara tambahan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof selepas pasangan berkenaan mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Bagi kesalahan itu, jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dan pemeriksaan di buat di sebuah rumah di Taman Sri Kalong di sini, jam 12.15 tengah malam pada 24 Mac lalu.

Semasa tiba di hadapan rumah, keadaan pintu tertutup rapat dan berkunci sebelum anggota penguat kuasa syariah mengetuk dan memberi salam beberapa kali.

Lebih kurang tiga minit kemudian, pintu dibuka seorang lelaki yang tidak berbaju dan pemeriksaan selanjutnya mendapati ada seorang wanita di dalam rumah tersebut.

Setelah di soal siasat, mereka mengaku tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah.