Awas, ular masuk rumah!

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Kuala Nerus/ Kuala Terengganu menunjukkan spesis ular sawa yang akan diserahkan kepada Perhilitan untuk dilepaskan ke Taman Negara di Terengganu.
Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Kuala Nerus/ Kuala Terengganu menunjukkan spesis ular sawa yang akan diserahkan kepada Perhilitan untuk dilepaskan ke Taman Negara di Terengganu.
A
A
A

KUALA NERUS -Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus menangkap lebih 5,000 ekor ular di kawasan kediaman di seluruh negeri ini bermula Januari hingga Ogos tahun ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, keadaan cuaca panas menyebabkan jumlah tangkapan meningkat.

Menurutnya, tangkapan tertinggi direkodkan pada Januari iaitu sebanyak 754 ekor dan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 1,600 ekor.

"Ular sawa antara spesis terbanyak diikuti ular tedung. Reptilia ini akan keluar mencari makanan atau tempat sejuk untuk berteduh," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kes tangkapan reptilia itu turut menunjukkan peningkatan khususnya di dua daerah terbabit.

Tambahnya lagi, kebiasaannya reptilia khas ular tedung gemar berlindung di tempat lembab dan sejuk seperti di bawah katil, dalam almari, kabinet dapur dan rak kasut.

"Orang ramai diingatkan tidak mengambil tindakan sendiri untuk menangkap haiwan berbisa itu bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku," katanya.

Sementara itu Ahmad Kamal berkata, ular yang ditangkap akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk dilepaskan ke Taman Negara Terengganu.

Artikel Berkaitan: