Bomba Fighters cipta sejarah tersendiri

Bomba Fighters mencipta impak tersendiri pada saingan STL Divisyen Satu musim ini.
Bomba Fighters mencipta impak tersendiri pada saingan STL Divisyen Satu musim ini.
A
A
A

BOMBA Fighters terus mencipta sensasi dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) apabila menewaskan pasukan pilihan Putrajaya Cyborg 21-13, 21-15 pada aksi final STL Divisyen Satu 2020 di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan mereka kepada lawan sama 10-21, 18-21 dalam saingan Kumpulan B bagi peringkat liga pada 8 September lalu.

Tampil selaku regu underdog pada saingan kali ini, regu Bomba Fighters dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan regu Putrajaya Cyborg dalam tempoh 50 minit.

Ternyata debut sulung Bomba Fighters saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 Divisyen Satu berbaloi apabila berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 selain layak beraksi dalam saingan STL Divisyen Premier musim depan.

Pada aksi final itu, Bomba Fighters dilihat mendominasi set pertama menerusi beberapa servis ace untuk kemenangan 21-13.

Putrajaya Cyborg yang cuba bangkit memberikan tentangan pada set kedua, namun hasil kejayaan beberapa servis ace akhirnya memberikan kemenangan 21-15 kepada Bomba Fighters.

Sementara itu, MASUM-UPM Knights mengakhiri saingan pada kedudukan ketiga setelah menewaskan Melaka Titans 17-21, 21-14, 21-14 pada perlawanan berlangsung di sebelah petang.

Artikel Berkaitan: