X

Kindly register in order to view this article
!

Kedai makan sedia GRO pada hujung minggu

Pegawai operasi Jabatan Imigresen Perak membuat pemeriksaan ke atas pekerja dan pelanggan sebuah kedai makan di Jalan Russel Ipoh, semalam.
A
A

IPOH - Sebuah kedai makan di Jalan Russel di sini bukan saja menyediakan makanan dan minuman setiap hari, sebaliknya dikesan turut menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) kepada warga asing.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hanya disediakan pada hujung minggu.

Rahsia kedai makan itu akhirnya terbongkar menerusi serbuan Jabatan Imigresen dalam operasi bersepadu semalam.

Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kedai makan tersebut menggajikan warga asing tanpa pas yang sah.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati kedai itu turut menyediakan khidmat gadis peneman yang boleh dibawa pulang ke pangsapuri atau apartmen yang terletak di belakang kedai makan berkenaan.

Sebuah kedai makan di Jalan Russel di Ipoh diserbu Jabatan Imigresen Perak selepas mendapat maklumat menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.
Sebuah kedai makan di Jalan Russel di Ipoh diserbu Jabatan Imigresen Perak selepas mendapat maklumat menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.

"Modus operandi kedai makan ini beroperasi setiap hari tetapi menjalankan perkhidmatan GRO pada sebelah malam hari Sabtu dan Ahad.

"Bayaran kepada GRO ini pula bergantung kepada tips yang diberikan oleh pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata, dalam serbuan bermula jam 7 malam itu, seramai 15 wanita warga China berusia antara 28 hingga 48 tahun yang bekerja sebagai GRO telah ditahan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah dan tinggal lebih masa.

"Ketika serbuan, terdapat kalangan warga asing sanggup menggadai nyawa melarikan diri ke arah jalan utama yang ketika itu sibuk dengan kenderaan.

"Keadaan itu mencetuskan aksi mengejar, namun ketangkasan pegawai operasi berjaya menyekat cubaan mereka melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Kamalludin berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut membuat serbuan ke atas sebuah pub dan berjaya menahan dua lelaki warga Myanmar serta empat wanita warga China atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen 1959/63.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!