X

Kindly register in order to view this article
!

Piala Thomas: Keputusan BAM tak berubah

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal mengetuai beregu lelaki negara pada kempen Piala Thomas tahun ini.
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tetap dengan pendirian untuk menghantar pasukan bagi menghadapi kempen Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark mulai 3 hingga 11 Oktober depan.

Bagaimanapun, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa keadaan pandemik Covid-19 sebelum kejohanan itu berlangsung.

“Buat masa sekarang, kita tetap dengan keputusan untuk menghantar skuad Piala Thomas dan Piala Uber ke Denmark. Namun, kita tetap melihat keadaan semasa kerana masa masih ada sebelum Piala Thomas dan Piala Uber bermula.

“Para pemain juga masih meneruskan latihan seperti biasa tetapi apa jua keadaan, sudah tentu faktor keselamatan dan kesihatan pemain serta pegawai pasukan tetap menjadi keutamaan,” katanya kepada Sinar Ahad semalam.

Indonesia muncul pasukan terbaharu yang menarik diri daripada kempen Piala Thomas dan Piala Uber selepas Australia, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan ekoran bimbang dengan krisis Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Beliau memberitahu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mungkin akan membuat pertimbangan untuk menangguhkan kejohanan itu jika ada lagi pasukan dari negara kuasa besar menarik diri.

“Apa pun pendirian BAM bergantung kepada keputusan kerajaan dan setakat ini, kita tidak akan membuat keputusan berpandukan kepada pasukan yang telah menarik diri.

“Seperti Thailand, mereka menarik diri kerana pemainnya tidak mahu beraksi dan bagi Indonesia adalah disebabkan kerajaan negara itu tidak memberi kebenaran. Kita pula seperti negara lain masih memantau keadaan semasa,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!