X

Kindly register in order to view this article
!

Veveonah makan malam bersama PM

Veveonah memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin dan mendapat 5,828 tanda suka di Instagramnya, vevemacho.
A
A

SHAH ALAM - Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin kembali ke media sosial setelah kira-kira seminggu berdiam diri selepas videonya mengambil peperiksaan di atas pokok tular dan mendapat perhatian dua Timbalan Menteri.

Pelajar asasi tahun satu UMS itu dilihat bangga berkongsi gambar aktiviti terbaharunya di kampus termasuk makan malam dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin beberapa hari yang lalu.

Seperti yang dilihat dalam catatan Instagramnya semalam, Veveonah telah memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin dengan tulisan “Kekal hebat! Ia adalah satu penghormatan bagi saya dan keluarga saya dijemput untuk makan malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang kelapan".

“Dia (Muhyiddin) adalah seorang yang merendah diri dan sangat luar biasa. Terima kasih banyak, Tan Sri,” tulisnya di Instagram beliau, vevemacho.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ jumpa Veveonah, minta maaf wakili kerajaan

Terdahulu, pelajar dari Kampung Sapatang, Pitas, Sabah itu turut memuat naik gambarnya bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan kapsyen "Terima kasih kerana telah mengunjungi kami, Tuan Khairy Jamaluddin" yang mendapat 6,459 tanda suka.

Veveonah menjadi perhatian apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sesi Dewan Rakyat mendakwa, rakaman video pelajar itu memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet bagi menjalani peperiksaan dalam talian hanyalah gimik semata-mata.

Namun, dia menjadi perhatian ketika Zahidi dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri menuduhnya berbohong mengenai peperiksaan dan hanya membuat kandungan untuk saluran YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah'

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar itu mengaku beliau tersilap tetapi menegaskan maklumat itu diperoleh daripada Abdul Rahim yang merupakan Ahli Parlimen Kudat.

Zahidi juga telahpun mengemukakan permohonan maaf berhubung perkara tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!