Ketua kampung di Selangor diminta sedia profil kampung

Rodziah (enam kanan) bergambar bersama wartawan dan blogger yang menyertai Program Kita Ke Kampung di Sungai Besar Sabak Bernam Selangor.
Rodziah (enam kanan) bergambar bersama wartawan dan blogger yang menyertai Program Kita Ke Kampung di Sungai Besar Sabak Bernam Selangor.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Semua ketua kampung seluruh Selangor diminta menyediakan profil kampung masing masing bagi mengenal pasti kelebihan yang boleh diketengahkan kepada masyarakat luar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, seramai 371 ketua kampung seluruh negeri ini telah diminta menyediakan profil kampung pada 2018.

"Mereka (ketua kampung) perlu kenal pasti potensi untuk memajukan kampung mereka," katanya ketika berucap pada Program Kita Ke Kampung di Parit 2, Sungai Besar di sini hari ini.

Seramai 35 wartawan, blogger tempatan dan luar negara menyertai program empat hari tiga malam itu di sekitar kampung tradisi di Sungai Besar di sini sejak Jumaat lalu.

Program itu bertujuan mempromosikan produk hasil kampung yang berpotensi dimajukan.

Rodziah berkata, kerajaan Selangor juga akan mengekalkan sepuluh kampung warisan berusia lebih 100 tahun di negeri ini.

"Saya juga menggalakkan masyarakat termasuk golongan muda agar merebut pelbagai peluang (ekononi) yang disediakan (bagi pembangunan kampung)," katanya.

Artikel Berkaitan: