Penjenamaan baharu DHPP bukti bukan Islam sayap penting Pas

DHPP dijenamakan semula dengan menggunakan nama Dewan Himpunan Pendokong Pas dan majlis itu disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini. - Foto SITI FATIHAH AWANG
DHPP dijenamakan semula dengan menggunakan nama Dewan Himpunan Pendokong Pas dan majlis itu disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini. - Foto SITI FATIHAH AWANG
A
A
A

KOTA BHARU- Penjenamaan baharu Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kepada Dewan Himpunan Pendukung Pas membuktikan bahawa kedudukan golongan bukan Islam juga adalah sayap penting dalam Pas.

Ketua Pemuda DHPP, B S Balendran berkata, DHPP tidak mahu lagi dilihat sebagai penyokong, sebaliknya mahu dianggap pendukung kepada perjuangan Pas

“DHPP menyedari peranan untuk menyantuni masyarakat bukan Islam bagi mewakili PAS sebuah parti yang membawa perjuangan Islam tidaklah semudah disangkakan, namun kami cuba berusaha untuk memahami Islam melalui pendidikan Islam yang ada, kuliah dan usrah yang dijalankan.

“Pelantikan Ketua DHPP Senator, N Bala Subramaniam sebagai Ahli Dewan Negara, adalah satu pengiktirafan sangat tinggi kepada DHPP yang wujud sejak 2010, malah Ketua DHPP Pusat juga memberikan fokus terhadap perpaduan kaum yang selari dengan ucapan dasar presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul terima kasih ucapan presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menurutnya, DHPP turut memupuk sikap hormat menghormati, malah ahli Pas juga perlu ke hadapan untuk menunjukkan sikap kasih sayang terhadap yang bukan Islam.

"Elak mengkritik agama lain secara terbuka, kerana ia boleh membawa kepada ketegangan kaum. Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional perlu ke hadapan, dalam memberikan perhatian terhadap perkara itu,” katanya.

Balendran berkata, bagi memastikan hasrat dan harapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tercapai, Pas di semua peringkat digesa bagi memastikan DHPP bukan sahaja dapat diwujudkan di negeri-negeri, malah di setiap kawasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: