Selangor fokus atasi kes penagihan dadah

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor serius untuk mengatasi kes penagihan dadah tahun ini dan memastikan tiada kes berulang

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan turut memfokuskan menurunkan kadar kes baharu sesuai hasrat melahirkan rakyat cemerlang dan berkualiti bagi memenuhi gagasan Smart Selangor.

"Dalam Belanjawan Selangor 2020, RM1 juta diperuntukkan untuk perancangan pelan strategik dan pelaksanaan program secara bersepadu serta komprehensif.

"Program menangani gejala sosial sedang dilaksanakan sebagai alternatif untuk meminimumkan jenayah di Selangor," katanya menerusi kemas kini status di Facebooknya, hari ini.

Berikutan itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan bekerjasama lebih serius dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan semua agensi berkaitan dadah untuk memastikan pelaksanaan yang lebih efektif.

"Penglibatan positif warga Selangor juga digalakkan kerana kebajikan masyarakat ini memerlukan penyertaan semua," katanya.

Artikel Berkaitan: