X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang DUN Johor dijangka panas hari kedua

Sidang DUN Johor hari kedua hari ini dijangka panas dengan tumpuan sesi pengundian terhadap usul.
A
A

ISKANDAR PUTERI- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar hari ini dijangka panas berikutan terdapat aturan mesyuarat iaitu sesi pengundian bagi menentukan lima usul yang dibentangkan kerajaan diterima atau sebaliknya.

Kedudukan kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional ( PN) memiliki jumlah kerusi sebanyak 29 berbanding pembangkang Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi menyaksikan jumlah bilangan kerusi agak tipis.

Lima usul yang dibentangkan dalam sidang DUN ialah Pakej Rangsangan Ekonomi, bajet tambahan, pelantikan jawatankuasa dewan, pelantikan Ahli Dewan Negara dan usul pengurangan cukai tanah.

Jika kelima-lima usul atau salah satu usul gagal mendapat sokongan, ia menjadikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad tidak mendapat sokongan sekali gus membolehkan beliau memilih untuk meletak jawatan atau menasihati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Terdahulu, sidang DUN bermula Khamis lalu, menjadi tumpuan berikutan terdapat desas- desus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian akan beralih arah berikutan tindakannya pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) DUN Slim menyokong calon pro Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekiranya Osman berpihak kepada pembangkang, maka undi Speaker menjadi penentu sama ada ada ingin menyokong usul atau sebaliknya.

Bagaimanapun jika Osman berkecuali atau kekal menyokong PN, maka ia tidak ada kesan kepada sebarang usul.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!