X

Kindly register in order to view this article
!

PKPP: 282 individu dikompaun langgar SOP

Seramai 282 individu dikenakan tindakan kompaun selepas gagal mematuhi arahan SOP PKPP di sebuah premis hiburan sekitar Tropicana Damansara, semalam. Gambar hiasan.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 282 orang pengunjung di sebuah pusat hiburan sekitar Tropicana Damansara dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pemeriksaan di premis berkenaan sekitar jam 11.30 malam semalam mendapati pemiliknya gagal mengawal penjarakkan sosial di lokasi terbabit.

Beliau berkata, semua individu bersama pemilik dan penjaga premis dikenakan tindakan di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Pemilik premis memiliki lesen tetapi melanggar SOP yang ditetapkan. Polis turut menahan dua wanita warga asing berusia 20 tahun dalam premis terbabit di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Nik Ezanee berkata, seramai empat orang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 29 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Ops Alkohol yang dilaksanakan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan semua individu terlibat telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!