KPKT sasar bina 200 balai bomba baharu seluruh negara

Zuraida (Tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian pada Program Dialog Prihatin Perikatan Nasional dan Pelancaran Bomba Komuniti Zon Selangor Utara di Dataran Pantai Batu 23 Sungai Nibong di sini hari ini.
Zuraida (Tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian pada Program Dialog Prihatin Perikatan Nasional dan Pelancaran Bomba Komuniti Zon Selangor Utara di Dataran Pantai Batu 23 Sungai Nibong di sini hari ini.
A
A
A

SEKINCHAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan kira-kira 200 pembinaan balai bomba baharu pelbagai kategori di seluruh negara bagi memenuhi keperluan terutama di kawasan pinggir bandar dan pedalaman.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin pada masa ini, terdapat 327 balai bomba dan jumlah itu masih belum mencukupi.

"Sebanyak 520 balai bomba baharu akan dibina dalam jangka masa panjang supaya bantuan kecemasan dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Dialog Prihatin Perikatan Nasional dan Pelancaran Bomba Komuniti Zon Selangor Utara di Dataran Pantai Batu 23 Sungai Nibong di sini hari ini.

Menurutnya, pembinaan balai bomba kategori E di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak termasuk kawasan pulau juga dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan mewujudkan lebih banyak pasukan bomba komuniti untuk tindakan cepat jika berlaku kebakaran di kawasan yang berjauhan dari balai bomba sedia ada.

"Penubuhan bomba komuniti juga penting bagi memberikan maklum balas segera jika berlalu sesuatu kes kecemasan selain mengurangkan impak kerugian (akibat) kebakaran dan (risiko) kematian," katanya.

Artikel Berkaitan: