Tamu Jalan Gaya jadi tumpuan calon parti berkempen

Calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying (kanan) bergambar bersama calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat (kiri) ketika mengadakan tinjauan mesra di Tamu Jalan Gaya pagi tadi.
Calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying (kanan) bergambar bersama calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat (kiri) ketika mengadakan tinjauan mesra di Tamu Jalan Gaya pagi tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tamu Jalan Gaya di pusat bandar Kota Kinabalu di sini meriah apabila dikunjungi oleh jentera setiap parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sempena kempen pada hari pertama.

Calon yang datang seawal jam 7 pagi itu mengambil peluang bertemu dengan orang ramai di tamu yang hanya beroperasi sekali dalam seminggu.

Antara calon yang dilihat berkempen ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Dr Chang Kee Ying dan calon PKR DUN Api-Api, Datuk Christina Liew.

Turut kelihatan ialah calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat dan calon DAP DUN Likas, Tan Lee Fatt.

Setiap calon dan jentera memakai pakaian mengikut warna parti mengedarkan risalah berkaitan calon bagi menarik pengundi memberi mandat kepada mereka pada PRN.

Calon PKR DUN Api-Api, Datuk Christina Liew ketika bertemu peniaga di Tamu Jalan Gaya pagi tadi.
Calon PKR DUN Api-Api, Datuk Christina Liew ketika bertemu peniaga di Tamu Jalan Gaya pagi tadi.

Bagi peniaga, Gil Tupang, 63, suasana Tamu Gaya di DUN Api-Api itu hari ini sibuk apabila dikunjungi ramai calon yang mengambil peluang berkempen.

Gil yang menjual peralatan kraftangan sejak 20 tahun lalu berkata, sejak pandemik Covid-19, pembeli ke Tamu Jalan Gaya itu tidak seperti sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Biasanya kawasan ni lengang, tapi nampaknya hari ini ramai yang datang," katanya yang turut menunjukkan cara menggunakan boomerang sejenis alat permainan.