Isu kepercayaan punca berlaku perpecahan masyarakat di Sabah

Darell ketika berucap pada Program Santai Bersama Calon Parti Warisan Sabah di Kampung Ramayah, Penampang semalam.
Darell ketika berucap pada Program Santai Bersama Calon Parti Warisan Sabah di Kampung Ramayah, Penampang semalam.
A
A
A

PENAMPANG - Isu ketidakpercayaan antara masyarakat Sabah di kawasan pantai timur dengan pantai barat antara punca berlakunya perpecahan perpaduan di negeri ini.

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darell Leiking berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan tuduhan yang dilontarkan oleh pihak lawan.

"Apabila mereka melihat Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, secara automatiknya memandang beliau sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) hanya kerana tidak tahu bagaimana kehidupan mereka di pantai timur kerana kita berada di pantai barat.

"Begitu juga penduduk Semenanjung, mereka kurang pengetahuan mengenai Sabah. Masalah terbesar kita ialah tidak mahu mengenali antara satu sama lain atau kita fikir kita sudah tahu secukupnya, hanya kerana kita ada kawan antara kita ataupun dapat berjumpa dengan salah satu daripada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Bersama Calon Parti Warisan Sabah di Kampung Ramayah, semalam.

Antara penduduk yang hadir pada Program Santai Bersama Calon Parti Warisan Sabah di Kampung Ramayah, Penampang semalam.
Antara penduduk yang hadir pada Program Santai Bersama Calon Parti Warisan Sabah di Kampung Ramayah, Penampang semalam.

Mengulas lanjut, Darell yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengakui sebelum ini, beliau juga tidak memahami masalah yang dihadapi di pantai timur sebelum ini.

"Saya mengakui tidak faham sebelum menyertai politik. Saya mengambil peluang masuk ke pantai timur dan mengenali Mohd Shafie. Kebimbangan beliau dan masalah masyarakat di kawasan situ sama, tiada beza dengan kita.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga tidak suka PATI, banyak masalah pekerjaan, industri dan ekonomi," katanya.

Darell berkata, perpecahan turut berlaku kerana pemikiran dan sikap penduduk kawasan pantai barat yang bukan hanya mempunyai persepsi negatif terhadap penduduk di kawasan pantai timur seperti Semporna, Lahad Datu dan Kunak malah penduduk ini juga hanya memikir dan mengambil kira perspektif mereka sahaja.

Dalam pada itu, Darell berkata, Warisan dibentuk atas dasar ingin mencari permuafakatan sesama orang Sabah demi mencapai kesatuan yang utuh.