Pengendali Atletico Madrid positif Covid-19

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone disahkan positif Covid-19.
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone disahkan positif Covid-19.
A
A
A

GERGASI La Liga, Atletico Madrid mengesahkan pengendali kelab itu, Diego Simeone positif koronavirus (Covid-19), dua minggu menjelang sepak mula liga menentang Granada.

Menurut kelab itu, semua pemain, pengendali telah menjalani ujian baharu Covid-19 pada Jumaat.

"Simeone kini menjalani kuarantin dua minggu bagi mematuhi peraturan ditetapkan pihak berwajib.

"Sebenarnya, Simeone tidak menunjukkan sebarang simptom sejak bersama pemain Atletico Madrid sejak Isnin lalu," kata jurucakap kelab itu.

Situasi menimpa pengendali berusia 50 tahun yang mula mengendalikan Atletico Madrid sejak 2011 memberi tamparan kepada kelab dalam persediaan mengharungi musim baharu yang dijangka bermula 27 September ini.

Seteru terdekat Real Madrid itu kini dikendalikan sementara Nelson Vivas sementara menunggu bekas bintang Argentina kelahiran Buenos Aires kembali ke padang.

Artikel Berkaitan: