X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir: 104 mangsa dipindahkan di Kuala Kangsar

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar membantu memindahkan penduduk kampung ke tempat lebih selamat. Gambar kanan: Keadaan banjir melanda tiga kampung di Kuala Kangsar malam tadi.
A
A

KUALA KANGSAR - Seramai 104 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga mencecah paras satu meter dalam kejadian banjir kilat di sini malam tadi.

Kesemua mereka masing-masing dari Kampung Lembah Padang Rengas, Kampung Talang Hulu dan Kampung Talang Hilir mula dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara (PPS) sekitar jam 10 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, daripada jumlah itu, seramai 39 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS asrama Risda Padang Rengas.

Keadaan banjir melanda tiga kampung di Kuala Kangsar malam tadi.
Keadaan banjir melanda tiga kampung di Kuala Kangsar malam tadi.

Katanya, 39 orang lagi juga daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Stor manakala 26 orang melibatkan enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid.

"Setakat ini keadaan semasa di lokasi kejadian telah menunjukkan paras air mulai surut dan hujan telah berhenti.

"Bagaimanapun operasi pemantauan masih dijalankan," katanya.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar membantu memindahkan penduduk kampung ke tempat lebih selamat.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar membantu memindahkan penduduk kampung ke tempat lebih selamat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!