20 PATI warga Indonesia cuba seludup masuk ditahan

PGA Batalion 4 Semenyih menahan PATI yang cuba menyusup ke negara ini lewat malam tadi.
PGA Batalion 4 Semenyih menahan PATI yang cuba menyusup ke negara ini lewat malam tadi.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba menyusup masuk ke negara ini di sekitar Sungai Nipah, Sungai Haji Dorani di sini tengah malam tadi.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 21 hingga 41 tahun.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mereka baharu tiba dari Indonesia dan masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot dan seterusnya mendarat di pesisir Sungai Nipah.

"Kesemua mereka dibawa ke balai polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 dan seterusnya menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

"Masyarakat diminta memberikan kerjasama daripada Lokan sebarang maklumat berkaitan aktiviti aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: