X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi premis perniagaan hingga jam 2 pagi

Kerajaan negeri Selangor akan mengikut keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membolehkan operasi premis perniagaan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengikut keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membolehkan operasi premis perniagaan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, setakat ini tiada sebarang perubahan waktu operasi perniagaan di negeri ini.

"Selangor bersetuju dengan keputusan MKN," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka kini dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi perniagaan di KL kekal hingga 12 tengah malam

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khamis lalu selepas menerima banyak aduan pemilik premis mengenai pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.

Ng Sze Han
Ng Sze Han

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini memutuskan waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih kekal sehingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh berkenaan.

Perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMCWPKL) semalam.

Menurutnya, keseragaman waktu operasi premis perniagaan itu bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan agensi lain.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!