Suami maut, kenderaan terbabas dalam longkang

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki maut manakala isteri dan empat anak perempuannya selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 7 Jalan Kampung Koh-Ayer Tawar, Sitiawan di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 10.20 pagi itu, Mohd Tarmini Taha, 35, yang beralamat dari Kampung Pasir Panjang Laut, meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa berusia 35 tahun bersama empat anak mereka masing-masing berusia tujuh, lima, empat dan satu tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan menghala ke Ayer Tawar.

Keadaan kenderaan dinaiki enam beranak yang terbabas dan masuk ke dalam longkang di Jalan Kampung Koh-Ayer Tawar, Sitiawan di sini hari ini.
Keadaan kenderaan dinaiki enam beranak yang terbabas dan masuk ke dalam longkang di Jalan Kampung Koh-Ayer Tawar, Sitiawan di sini hari ini.

Katanya, sampai di tempat kejadian, MPV Proton Exora yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

"Akibat kemalangan itu, pemandu cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Ketika polis tiba di tempat kejadian, isteri mangsa dan empat anak mereka telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun mereka tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.