Kematian prebet Aziz: Polis ambil keterangan 10 saksi

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah merakam keterangan 10 saksi bagi membantu siasatan kes anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggal dunia akibat terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat, 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan tersebut melibatkan dua pegawai, tujuh anggota pangkat rendah serta seorang awam.

"Laporan awal bedah siasat mendapati tiada kecederaan fizikal dan penderaan yang boleh dikaitkan dengan kematian Allahyarham Abdul Aziz Aznam. Ini termasuk tiada kecederaan luar atau tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa.

"Kita masih lagi menunggu laporan (penuh) makmal. Setakat ini itu yang kita ada. Kita juga mengambil keterangan seorang saksi yang juga anggota tentera yang nampak mangsa lari dan melompat terjun dari tingkat tiga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Kematian prebet Aziz: Beberapa anggota tentera dirakam percakapan

Dalam kejadian tersebut, Abdul Aziz, 20, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai cuba membunuh diri terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di kem tentera tersebut.

Mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang, 6 September lalu.

Ahli keluarga mangsa mendakwa, Abdul Aziz bertindak demikian selepas tidak tahan dibuli ketika menjalani latihan di kem tentera terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ayob Khan berkata, siasatan polis turut mendapati mangsa dipercayai lari daripada tugas selama 218 hari.

Katanya, selepas anggota tersebut tamat latihan asas ketenteraan, mangsa mengikut latihan asas komando pasukan Grup Gerak Khas (GGK) ATM.

"Mungkin di situ ada isu berkaitan dengan daya tahan untuk melalui kursus yang lasak, mungkin ada tekanan psikologi dan memang latihan pasukan khas ini agak lasak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Adik tak tahan, hari-hari kena'