Ikan 'mabuk': MADA ambil sampel air di Terusan Utara

Pelbagai jenis ikan air tawar berjaya ditangkap dengan mudah oleh penduduk kampung. - Foto Facebook
Pelbagai jenis ikan air tawar berjaya ditangkap dengan mudah oleh penduduk kampung. - Foto Facebook
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil sampel air di Terusan Utara di Jitra selepas penduduk berpesta ikan menangkap beberapa jenis ikan air tawar yang seolah-olah 'mabuk' di kawasan itu pada Khamis lalu.

Keadaan ikan seperti baung, lampam dan kap yang timbul dalam keadaan lemah menyebabkan penduduk mudah menangkap ikan-ikan ini dan difahamkan ada juga yang menjualnya kepada orang lain.

Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut di Terusan Utara malah turut mengambil sampel air di Alor Changileh, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Bata.

Pelbagai jenis ikan air tawar berjaya ditangkap dengan mudah oleh penduduk kampung. - Foto Facebook
Pelbagai jenis ikan air tawar berjaya ditangkap dengan mudah oleh penduduk kampung. - Foto Facebook

"Sampel air ini sedang dianalisa atas kesesuaian bagi kegunaan tanaman padi dan ekosistem terusan dan sungai berkaitan.

"Buat masa ini pihak MADA masih menunggu keputusan analisis sampel air tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di Sungai Korok, Jitra hari ini juga mendapati terdapat beberapa ekor ikan mati dan timbul di permukaan sungai.

Artikel Berkaitan: