Jamawi berdepan lima calon lain termasuk Peter Anthony

Jamawi diiringi penyokong BN bergerak menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom pagi tadi.
Jamawi diiringi penyokong BN bergerak menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom pagi tadi.
A
A
A

TENOM - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Jamawi Jaafar mewakili Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kerusi DUN Melalap dan berdepan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Jamawi juga akan berdepan dengan empat lagi calon lain iaitu Datuk Radin Malleh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Apiang Sausun daripada Parti Cinta Sabah (PCS), Sazali Justi daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Masdin Tumas daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).

Keputusan pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Melalap Sungkim Rumangun di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom setelah proses pencalonan tamat jam 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamawi akur tidak dicalon semula di Kemabong

Teka-teki nasib 14 ADUN lompat parti

Jamawi berkata, beliau akan mendekati pengundi sebanyak mungkin dalam tempoh dua minggu berkempen.

“Saya akui perlawanan ini sengit kerana berhadapan dengan calon-calon yang berkaliber bagaimanapun kita akan melakukan yang terbaik dengan mendekati pengundi di peringkat akar umbi bagi menjelaskan isu dan wawasan saya untuk membangunkan kawasan Melalap," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, banyak perkara yang boleh dirancang dan dilaksanakan bagi memajukan kawasan Melalap terutamanya dalam bidang pertanian, pelancongan dan lain lain.

Artikel Berkaitan:

“Bagi merealisasikan hasrat ini sudah tentu saya memerlukan sokongan daripada rakyat dengan memilih kerajaan yang stabil, berwawasan dan boleh bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk membantu memacu proses yang lebih mampan,” katanya.