PRN Sabah: Anifah Aman bertanding di DUN Bongawan

Anifah (kanan) bersama tiga lagi calon lain yang akan bertanding di DUN Bongawan pada PRN Sabah.
Anifah (kanan) bersama tiga lagi calon lain yang akan bertanding di DUN Bongawan pada PRN Sabah.
A
A
A

KIMANIS - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Dr Daud Yusuf daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) akan ditentang oleh Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pada PRN kali ini, kerusi terbabit akan menyaksikan pertembungan empat penjuru termasuk dua lagi oleh Ag Syairin daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).

Kawasan berkenaan mempunyai seramai 16,735 pengundi.

Sementara itu, bagi kerusi DUN Klias, penyandangnya Datuk Isnin Aliasneh akan ditentang oleh lima calon lain.

Calon yang akan bertanding adalah Abdul Rahman Mohd Yakub daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amsir Dani daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Maksit Saidi daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Abdullah Okin (PCS) dan calon Bebas Jismit Japong.

Proses penamaan calon bagi DUN Klias berlangsung di Dewan Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.

Isnin (tiga dari kiri) bersama calon lain yang akan bertanding di DUN Klias pada PRN Sabah.
Isnin (tiga dari kiri) bersama calon lain yang akan bertanding di DUN Klias pada PRN Sabah.

Sementara itu, Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu akan menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Artikel Berkaitan:

Penyandangnya, Datuk Joniston Bangkuai akan dicabar oleh Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau.

Turut mencabar beliau adalah Dr Rozylyn @ Rosalyn Gelunu daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), Andau Yasun@Bruno daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas, Dominic Yasun serta Jolianis Lampos.

Sementara itu, di DUN Tamparuli, penyandangnya Datuk Jahid Jahim mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Alijus Sipil, Denis George Kian Fah daripada PCS dan Dr Raymond Alfred daripada LDP.