Kemalangan tak halang Vierge catat masa terpantas

Aksi Vierge (97) dan Dixon (96) pada GP Styria -Foto: Petronas SIC
Aksi Vierge (97) dan Dixon (96) pada GP Styria -Foto: Petronas SIC
A
A
A

PELUMBA Moto2 Petronas SRT, Xavi Vierge menyifatkan kemalangan yang menimpanya sesi latihan bebas semalam, berpunca akibat penggunaan tayar baharu yang lebih keras.

Bagaimanapun menurut Vierge, kemalangan itu tidak menghalangnya untuk mencatatkan masa terpantas 1 min 37.888 saat pada sesi latihan bebas pada sebelah pagi.

"Agak malang apabila saya terlibat dengan kemalangan petang tadi (semalam), biarpun jentera saya dalam keadaan sejak sesi pagi.

"Apa pun, objektif sebenar kita adalah untuk meningkatkan persembahan masing-masing pada perlumbaan sebenar Ahad ini dan memulakan perlumbaan pada barisan hadapan.

"Yang paling penting, kita masih berupaya mencatatkan masa yang baik dengan lap yang pantas terima kasih kepada pasukan, khususnya staf teknikal yang telah melakukan tugas dengan baik sekali lagi," katanya.

Sementara itu rakan sepasukannya Jake Dixon mengakui sudah tidak sabar untuk memulakan perlumbaan di Litar Misano, esok.

Bagaimanapun Dixon berkata, dia tetap menyasarkan untuk menamatkan sesi latihan bebas berkenana dalam kelompok 14 pelumba terbaik.

"Bagi sesi pagi saya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-20 dengan catatan masa (lap time) 1 min 38.402 saat dan 1 minit 37.913 saat pada sebelah petang.

Artikel Berkaitan:

"Saya dapat rasakan saya lebih pantas kali ini dan saya rasa lebih yakin menunggang jentera saya kali ini.

"Sekali gus, ini membuatkan saya rasa bersemangat untuk berlumba pada GP kali ini," katanya.