Lebih 1,000 lagi kes Covid-19 dilaporkan di Turki

Sanitasi dilakukan di kawasan sekitar Blue Mosque. Gambar hiasan.
Sanitasi dilakukan di kawasan sekitar Blue Mosque. Gambar hiasan.
A
A
A

ANKARA - Lebih 1,600 kes baharu Covid-19 manakala lebih 1,000 kes pulih dilaporkan di Turki pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini mencecah 288,126 dengan 1,671 kes baharu, tulis Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca di Twitter, memetik data Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, 1,117 lagi pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan seramai 256,524.

Angka korban meningkat seramai 56 orang menjadi 6,951, tambahnya.

Lebih 112,213 saringan Covid-19 dilakukan, menjadikan setakat ini lebih 8.3 juta ujian sudah dibuat.

Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal pula dilaporkan seramai 1,223 orang.

Di seluruh dunia, Covid-19 sudah meragut hampir 910,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak Disember lalu.

Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia kekal negara paling teruk terjejas.

Artikel Berkaitan:

Lebih 28.2 juta kes Covid-19 dilaporkan di dunia, dengan pemulihan lebih 19 juta orang, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama