Padah ingkar PKPP, 183 pengunjung pusat hiburan ditahan

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 183 pengunjung pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, di sini ditahan polis gara-gara ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kesalahan itu dikesan menerusi serbuan Ops Noda sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengah malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 12.50 tengah malam itu mendapati, premis hiburan terbabit beroperasi lebih jam 12 tengah malam dengan memainkan muzik kuat selain pengunjung yang berkumpul dalam keadaan sesak dan tidak menghiraukan penjarakan fizikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, ketika serbuan, pihaknya berjaya mengawal tindakan agresif daripada pengunjung pusat hiburan terbabit.

"Keadaan berjaya dikawal dan kesemua pengunjung warga tempatan dan asing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun telah ditahan untuk tindakan lanjut.

"Turut ditahan, 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam pekerja warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit kerja sah," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Rohan Shah berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan antaranya pembesar suara, telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM2,000.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan mendapati premis terbabit beroperasi dengan menggunakan lesen restoran namun menjadikan premis sebagai pusat hiburan.

"Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut selain kompaun," katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.