'Abah' jumpa peniaga Pasar Ikan dan Pasar Am Tuaran

Perdana Menteri berbual bersama salah seorang peniaga, Tainah Makdan ketika lawatan beliau di Pasar Am Tuaran hari ini.
Perdana Menteri berbual bersama salah seorang peniaga, Tainah Makdan ketika lawatan beliau di Pasar Am Tuaran hari ini.
A
A
A

TUARAN - Rata-rata peniaga di Pasar Ikan dan Pasar Am Tuaran meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkenal dengan gelaran 'Abah' kerana keprihatinan beliau dalam menyalurkan bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhyiddin dalam lawatannya ke Tuaran hari ini meluangkan selama hampir sejam untuk bertemu dan beramah mesra dengan peniaga serta masyarakat setempat di Pekan Tuaran.

Dalam lawatannya itu, beliau sempat berbual dengan beberapa peniaga berhubung bantuan yang kerajaan salurkan sepanjang menghadapi PKP.

Seorang peniaga buah-buahan, Tainah Makdan, 42, meluahkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin kerana sentiasa prihatin dengan keadaan rakyat ketika berhadapan pandemik Covid-19.

Muhyiddin ketika lawatannya ke Pasar Am Tuaran hari ini sempat bertemu peniaga, Nancy Misun dan bertanya sayur yang dijualnya.
Muhyiddin ketika lawatannya ke Pasar Am Tuaran hari ini sempat bertemu peniaga, Nancy Misun dan bertanya sayur yang dijualnya.

"Saya beritahu PM yang saya golongan B40 dan menerima bantuan sebanyak RM1,600.

"Dengan bantuan itu, sedikit sebanyak kami dapat menjalani kehidupan ketika PKP kerana ketika itu sukar untuk keluar berniaga seperti sekarang," katanya ketika ditemui di Pasar Am Tuaran hari ini.

Bagi peniaga sayur, Nancy Misun, 50, pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini adalah pengalaman pertama sepanjang berniaga di pasar itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya tahu PM (Perdana Menteri) turun melawat ke Tuaran, tetapi tidak sangka pula beliau akan datang ke gerai saya dan bertanyakan pendapatan seharian kami.

"PM juga tanya bagaimana cara memasak sayur yang saya jual dan saya beritahu sayur batang keladi sesuai dimasak bersama ikan masin bersantan," katanya.

Dalam pada itu, orang awam dan peniaga turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan dengan berswafoto bersama Perdana Menteri sepanjang lawatan beliau di Pekan Tuaran.

Nancy Misun
Nancy Misun