Gempa bumi kuat landa pantai timur Honshu, Jepun

Gempa itu berlaku pada kedudukan 148 kilometer Tenggara dari Morioka, Jepun pada kedalaman 49 kilometer.
Gempa itu berlaku pada kedudukan 148 kilometer Tenggara dari Morioka, Jepun pada kedalaman 49 kilometer.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 10.44 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 148 kilometer Tenggara dari Morioka, Jepun pada kedalaman 49 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: