PH perlu atasi sentimen perkauman yang dikuasai pembangkang

Husam (tengah) berbual dengan ahli-ahli Kelab Media Kelantan (Kemudi) di sini.
Husam (tengah) berbual dengan ahli-ahli Kelab Media Kelantan (Kemudi) di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – PH perlu mempunyai satu mekanisme berpolitik yang berkesan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.

Menurutnya, walaupun kalah di Cameron Highlands, namun keadaan mungkin berbeza di Semenyih kerana sentimen perkauman memberi kesan kepada pemimpin-pemimpin keturunan India yang ditolak orang Melayu di Cameron.

“Sentimen di Cameron ini ada kejayaannya, walaupun ia adalah buruk untuk negara tetapi dari segi realiti politik, perkara ini berlaku.

“Sebaran di media sosial, walaupun maklumatnya palsu, kerajaan nampaknya gagal bertindak dengan sewajarnya terhadap penyebaran yang boleh memecah-belah perpaduan kaum ini,” katanya kepada media di sini.

Beliau menghadiri majlis Ramah Mesra PH Kelantan bersama media, di sini.

Artikel Berkaitan: