Melaka lengkap proses penswastaan kelab

Skuad Melaka United yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Foto: Melaka United
Skuad Melaka United yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Foto: Melaka United
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MUSA) berjaya melengkapkan proses penswastaan kelab menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hujung bulan ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan hari ini mengucapkan syabas kepada MUSA di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Sulaiman Md Ali yang juga Ketua Menteri Melaka atas dedikasi menyelesaikan proses itu sebelum tarikh tamat.

“FAM berbesar hati menerima kunjungan hormat Datuk Sulaiman Md Ali dan delegasi MUSA yang menggambarkan komitmen mereka untuk mendalami dasar-dasar serta usaha-usaha yang FAM lakukan.

"Dengan usaha dan komitmen ini jelas membuktikan keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memimpin MUSA,” kata Hamidin di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sulaiman (kanan) berkata sesuatu kepada Hamidin di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Sulaiman (kanan) berkata sesuatu kepada Hamidin di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Terdahulu, Hamidin dan Sulaiman bertukar pandangan serta berkongsi maklumat terkini mengenai proses penswastaan daripada persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) serta syarat-syarat pelesenan kelab, status kewangan MUSA, peta hala tuju FAM serta visi dan misi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Sulaiman turut menyatakan pihaknya akan sentiasa memastikan MUSA mematuhi peraturan bola sepak FAM dan MFL dalam usaha menaikkan lagi mutu serta prestasi pasukan.

Hadir sama, Timbalan Presiden FAM yang juga Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan barisan exco MUSA.

Artikel Berkaitan:

Penswastaan kelab dilihat mampu memperbaiki aspek pengurusan pasukan selain antara alternatif terbaik kepada kemelut kewangan dihadapi pasukan sehingga menjejaskan proses pembayaran gaji pemain akibat kebergantungan kepada dana kerajaan negeri. - Bernama