PRU15: Muslimat serah pucuk pimpinan tentukan kedudukan calon

Nuridah ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali ke-60 di Hotel Premiera Menara Mara malam ini.
Nuridah ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali ke-60 di Hotel Premiera Menara Mara malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas meletakkan kepercayaan kepada pucuk pimpinan bagi menentukan kedudukan dan jumlah calon Muslimat yang sewajarnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, penempatan calon Muslimat bertanding di kawasan strategi majoriti pengundinya wanita diharap dapat membangkitkan semangat juang serta peluang cerah memberikan kemenangan kepada parti.

Beliau berkata, di atas kemenangan itu juga ia akan memberikan peluang kepada Muslimat untuk berkhidmat kepada pengundi dan masyarakat sekitarnya.

"Oleh kerana PRU15 dijangka berlaku dalam tempoh terdekat maka program-program yang telah dirangka mesti berorentasikan kesiapsiagaan bagi menghadapinya. Setiap gerak kerja di lapangan diatur secara strategik dan mestilah berfokus bukan sekadar tangkap muat sahaja.

"Pemantauan dan penilaian berkesan mesti dilaksanakan agar tindakan penambahbaikan dapat dijalankan dan kesilapan serta kelemahan tidak berulang," katanya.

Penggerak Dewan Muslimat Pas seluruh negara yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali ke-60 malam ini.
Penggerak Dewan Muslimat Pas seluruh negara yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali ke-60 malam ini.

Nuridah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke-60 di Hotel Premiera Menara Mara di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan Muslimat agar mewarisi akhlak Rasulullah SAW sebagai pemikat untuk memenangi hari rakyat dalam setiap pendekatan yang dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua jentera kempen Muslimat perlulah mendekati dan mengajak pengundi - pengundi untuk menyokong calon kita dengan penuh sabar dan kata-kata sopan berhemah serta mesra," katanya.

Pada masa sama katanya, Muslimat juga digesa menghindari provokasi musuh politik dan halangan yang mengganggu gerak kerja kita.