Dua remaja mati lemas di Sungai Segamat

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Segamat petang tadi.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Segamat petang tadi.
A
A
A

SEGAMAT- Kegembiraan lima sahabat mandi di Sungai Segamat di Kampung Felda Kemelah, Felcra Sekijang Segamat berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka mati akibat lemas, dalam kejadian petang tadi.

Dua mangsa itu ialah Tan Kah Chuan, 13, dan Tey Shan Hui, 15.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Syed Putra Syed Mohd Al-Atas berkata, seramai 16 anggota dibantu anggota BBP Segamat dan dua jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.22 petang.

Usaha mencari mangsa yang lemas dilakukan anggota bomba di Sungai Segamat petang tadi.
Usaha mencari mangsa yang lemas dilakukan anggota bomba di Sungai Segamat petang tadi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati dua mangsa iaitu remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Segamat bersama tiga rakan lain berusia dari 13 hingga 15 tahun.

"Anggota bomba menggunakan teknik ‘surface and searching’ dengan radius lebih kurang 10 meter. Pada jam 5.20 petang, mangsa dijumpai di dasar sungai pada jarak tiga meter dari tebing," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: