Kak Mah didakwa ada Wira Siber

No Image Caption
A
A
A

AWANG terkejut juga dengan pendedahan Datuk Rizal Mansor di mahkamah tentang isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selama ini kita hanya dengar khabar angin tentang Kak Mah.

Tapi apabila mantan Pengawai Khas Kak Mah sendiri buat kenyataan, nampaknya ia memaparkan dakwaan cerita dalaman pasal Kak Mah.

Rizal kerja dengan Kak Mah sejak tahun 2009.

Dalam kes perbicaraan Kak Mah, Rizal kata Kak Mah garang dan boleh pengaruhi suaminya, Bossku Tuk Seri Najib.

Kata Rizal lagi, Kak Mah ada pengaruh besar dalam jentera pentadbiran kerajaan. Rizal juga kata, Kak Mah cukup ambil tahu pasal imej dan persepsi rakyat tentang beliau.

Oleh sebab itu beliau ada pasukan cybertroopers (wira siber) sendiri. Rizal dakwa Kak Mah bayar RM100,000 sebulan untuk tujuan itu.

Rizal patut dedahkan siapa ketua wira siber Kak Mah.

Artikel Berkaitan:

Ini juga pengajaran pada orang politik dan isteri mereka. Apabila kita di atas, tak ada siapa yang berani tegur. Pegawai keliling semua tutup mulut. Angguk saja apa yang disuruh buat. Janganlah anggap 'yes men' atau 'yes women' di sekeliling kita akan bantu kita pada saat kita susah. Masa senang mereka puja kita. Masa tersepit, merekalah yang jadi musuh nombor satu kita.