X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran pelitup muka ada bahan kimia palsu

Polis Sarawak mengesahkan mesej yang tersebar adalah palsu dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti itu. - Gambar hiasan 123RF
A
A

KUCHING - Polis Sarawak hari ini menafikan pihaknya telah menghantar pesanan yang tular di aplikasi WhatsApp, berhubung pemberian pelitup muka secara percuma yang dicampur bahan kimia sehingga boleh membuatkan seseorang itu sejuk dan tersungkur, seterusnya dirompak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail turut mengesahkan, mesej yang tersebar baru-baru itu adalah palsu dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti itu.

“Justeru, Polis Sarawak menasihatkan orang ramai agar menghubungi mana-mana balai polis bagi mengesahkan kesahihan setiap berita, sebelum dikongsikan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesej palsu yang tular itu kononnya daripada polis yang memberi amaran, terdapatnya individu yang mengunjungi rumah ke rumah untuk mengagihkan pelitup muka kepada orang ramai.

Ia turut menyatakan pelitup muka berkenaan sengaja dicemarkan dengan bahan kimia, yang boleh membuat sesiapa yang memakainya pengsan dan seterusnya akan dirompak. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!