X

Kindly register in order to view this article
!

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tiada kuasa bertindak

Ahmad (dua dari kiri) dan Norhizam (kiri) melihat sebahagian peruntukan yang akan diserahkan kepada penerima selepas menyempurnakan penutup Hari Ladang dan Penyampaian Peruntukan Pertanian Peringkat Daerah Jasin di Dewan Alamanda.
A
A

JASIN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yakin dengan kebijaksanaan kerajaan Pahang menyelesaikan isu pencerobohan tanah kerajaan oleh pekebun durian di Raub.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam isu tersebut walaupun hasil pertanian durian musang king antara produk tertinggi dieksport ke luar negara terutama China.

"Kementerian tidak mempunyai sebarang kuasa untuk bertindak atau menyelesaikan isu yang dikatakan sudah berlarutan berpuluh tahun.

"Tanah dan air di bawah kuasa mutlak kerajaan negeri. Jadi kita sedia memberikan khidmat nasihat berkaitan pertanian, selebihnya diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program penutup Hari Ladang dan Penyampaian Peruntukan Pertanian Peringkat Daerah Jasin, di Dewan Alamanda di sini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian, Eliyas Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Mahmud.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, isu berkenaan diharap dapat menemui jalan penyelesaian terbaik bagi membolehkan hasil pertanian itu dapat dieksport dan menyumbang nilai jualan dalam bidang pertanian.

"Kita berharap isu di Raub tidak mengganggu pekebun durian di kawasan itu untuk menghasilkan produk mereka," katanya.

Pada Ogos lalu, media melaporkan kerajaan Pahang terpaksa bertindak tegas menangani kegiatan pencerobohan hutan di Raub dengan aktiviti penanaman pokok durian musang king yang diusahakan secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!