Piala Thomas: Malaysia perhati pendirian negara lain

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada temu bual bersama pengamal media selepas Majlis Penyerahan Felo Korporat 2020 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. -Foto Bernama
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada temu bual bersama pengamal media selepas Majlis Penyerahan Felo Korporat 2020 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

MALAYSIA sedang memerhatikan pendirian negara lain sebelum membuat keputusan sama ada menarik diri atau tidak daripada saingan Piala Thomas/ Uber di Denmark awal bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, antara negara yang akan membuat keputusan adalah Indonesia yang merupakan negara besar dalam sukan badminton.

"Kita tunggu beberapa hari, saya difahamkan Indonesia akan buat keputusan," katanya.

Menurutnya, negara masih mempunyai tempoh sebulan untuk membuat keputusan tersebut.

"Tiada halangan cuma perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Felo Korporat di kementeriannya di sini, hari ini.

Sebelum ini Taiwan, Australia dan Thailand mengumumkan menarik diri daripada kejohanan berprestij itu.

Pada perkembangan sama, Reezal berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengemukakan cadangan berkaitan langkah dan SOP yang perlu diambil oleh Denmark dalam penganjuran kejohanan itu.

"Selain negara berstatus hijau, ada persoalan lain yang perlu diambil kira termasuk isu logistik dan pemindahan pemain pasukan dari lapangan terbang ke hotel.

Artikel Berkaitan:

"Ia masih dalam penelitian dan belum dimuktamadkan lagi," katanya.

Ditanya mengenai penangguhan kejuaraan B-19 di Uzbekistan, Reezal berkata, pasukan memberi tumpuan untuk kejohanan domestik bagi mengekalkan stamina dan kekuatan.