Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi seperti biasa

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim - Foto sumber internet
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim - Foto sumber internet
A
A
A

ALOR SETAR - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, akan beroperasi seperti biasa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Kota Setar.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Malaysia Airports, sebarang pergerakan penumpang keluar dan masuk melalui perjalanan udara perlu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sehubungan dengan itu, Malaysia Airports mengingatkan penumpang agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di lapangan terbang.

"Penumpang diingatkan membuat pengimbasan kod QR pengesanan kontak MySejahtera, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang masa bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

Menurutnya, selain itu, penumpang juga boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada syarikat penerbangan masing-masing sekiranya terdapat pertanyaan.

Semalam, kerajaan mengumumkan PKPD Pentadbiran yang membabitkan sebanyak 28 mukim di bawah daerah Kota Setar yang akan dijalankan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Pentadbiran dikuat kuasa di daerah Kota Setar mulai esok

Artikel Berkaitan: