Persiapan Muktamar Pas berjalan lancar

Dewan utama di PUTIK, Pengkalan Chepa bakal digemakan dengan pelbagai usul yang akan dibahaskan bermula esok.
Dewan utama di PUTIK, Pengkalan Chepa bakal digemakan dengan pelbagai usul yang akan dibahaskan bermula esok.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun terpaksa diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun Muktamar Pas ke-66 dijangka menarik ramai perhatian terutama apabila bakal disiarkan secara langsung.

Berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) dan beberapa lokasi lain, persiapan dilakukan terutamanya untuk menyambut ketibaan perwakilan dari seluruh negara termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Penyusunan kerusi dan keadaan dewan juga dilakukan sebaik mungkin oleh jawatankuasa yang terlibat.

Tinjauan Sinar Harian di dewan utama di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa di sini mendapati kedudukan kerusi dalam dewan kali ini lebih renggang daripada biasa selain persekitaran luar diberi penekanan penting terutamanya bagi melancarkan lagi pergerakan perwakilan pada hari tersebut.

Muktamar Dewan Pemuda Pas berlangsung esok bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Setiap kerusi telah dilabelkan dengan kawasan-kawasan yang terlibat.
Setiap kerusi telah dilabelkan dengan kawasan-kawasan yang terlibat.

Antara agenda muktamar tersebut ialah perbahasan ucaptama Ketua Pemuda Dan Pemilihan Perwakilan Pemuda Pas ke Muktamar Pas Pusat.

Turut diadakan perbahasan usul dan ucapan penangguhan daripada wakil setiap kepimpinan.

Artikel Berkaitan:

Pada Muktamar Pas Ahad ini pula majlis dijangka bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Antara agendanya ialah ucapan dasar dan perasmian oleh presiden parti, perbahasan ucapan dasar presiden dan perbahasan usul.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini Muktamar Pas kali ini melalui siaran langsung di media sosial terpilih termasuk perkembangan semasa di Sinar Harian.