Pengarah urusan Yakult dipuji berkimono di majlis Mira Filzah

Hiroshi Hamada dan isteri hadir mengenakan busana tradisional Jepun mencuri perhatian netizen.
Hiroshi Hamada dan isteri hadir mengenakan busana tradisional Jepun mencuri perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah urusan Yakult Malaysia dipuji kerana menunjukkan kecintaan kepada negara dengan mengenakan busana tradisional Jepun iaitu kimono ketika majlis persandingan pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah.

Hiroshi Hamada dan isteri mencuri perhatian netizen selepas beliau memuat naik dua keping gambar di Twitternya.

Ramai netizen memuji pasangan berkenaan kerana membuktikan sayang mereka kepada negara seperti komen @bayla, "Kita boleh tengok macam mana tahap orang Jepun menghargai dan bangga pakaian tradisi mereka," ciapnya.

@mahirah pula mengakui kagum dengan pasangan berkenaan kerana mereka boleh memilih gaun atau sut mewah manakala @hairi berkata, "Orang Jepun pakai kimono, orang Malaysia pakai baju kurung, nampak ayu semua".

Sementara itu, perkongsian gambar berkenaan sehingga kini mencecah lebih 17,800 tanda suka dan hampir 3,000 ulang kongsi dari netizen.

Artikel Berkaitan: