Tujuh keluarga dipindahkan akibat banjir

Kampung Sentosa dilanda banjir semalam.
Kampung Sentosa dilanda banjir semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 14 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Sentosa yang dilanda banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields di sini malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, semua mangsa mula dipindahkan di PSS itu pada jam 11.45 malam tadi.

Menurutnya, seramai lima lelaki dewasa, perempuan (tiga), warga emas perempuan (tiga), warga emas lelaki (satu) dan kanak-kanak lelaki (dua) ditempatkan di pusat pemindahan berkenan.

"Hujan berterusan pada waktu malam menyebabkan paras air naik bermula jam 6 petang semalam dan operasi pemindahan dilakukan APM dengan kerjasama pasukan bomba dan penyelamat serta polis," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: