CAKNE lancar Kempen Reben Emas

Zulkifli (berdiri, tiga dari kanan) bergambar bersama bekas pesakit kanser selepas majlis pelancaran Kempen Reben Emas di Masjid Ibn Khaldun, Sungai Besi semalam.
Zulkifli (berdiri, tiga dari kanan) bergambar bersama bekas pesakit kanser selepas majlis pelancaran Kempen Reben Emas di Masjid Ibn Khaldun, Sungai Besi semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) buat julung kalinya melancarkan Kempen Reben Emas dengan bertemakan ‘Kongsi Harapan, Kongsi Kebaikan' pada 5 September lalu.

Pengasasnya, Mohd Shah Awaluddin berkata, tujuan utama penganjuran kempen itu adalah bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan rakyat Malaysia berhubung penyakit kanser yang turut menyerang kanak-kanak serta cabaran ditempuhi oleh pesakit terlibat.

Beliau berkata, pelbagai cabaran dihadapi oleh pesakit dan ahli keluarga antaranya melibatkan aspek kewangan serta emosi.

“Sebagai sebuah organisasi sukarelawan, kami hanya bergantung kepada dana disalurkan oleh pelbagai individu dan badan korporat seperti Yakult Malaysia dan Philandure Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadir sama bagi menyempurnakan majlis pelancaran yang berlangsung di Masjid Ibn Khaldun, Sungai Besi itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Tambahnya, pelbagai program telah dirangka sepanjang bulan ini bersempena kempen berkenaan antaranya CGRC Daily Live, CAKNE Got Talent, CAKNE Pizza Vaganza, Majlis Solat Hajat dan Tahlil Perdana yang akan diadakan di beberapa buah masjid di seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan: