Annuar tunggu laporan penuh banjir kilat landa ibu kota

Annuar meninjau paras air Sungai Klang yang melimpah menyebabkan Masjid Jamek dinaiki air sewaktu hujan berterusan semalam.
Annuar meninjau paras air Sungai Klang yang melimpah menyebabkan Masjid Jamek dinaiki air sewaktu hujan berterusan semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur semalam.

Annuar berkata, walaupun insiden berpunca daripada taburan hujan luar biasa namun beliau perlu melihat sistem Terowong Lebuhraya SMART dan kolam tadahan banjir berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Annuar (kanan) meninjau lokasi banjir.
Annuar (kanan) meninjau lokasi banjir.

"Saya mahu memastikan terowong Lebuhraya SMART berfungsi dengan baik melalui perbelanjaan berbilion ringgit untuk sistem penyuraian banjir.

"Adakah sistem yang kita ada ini belum mencukupi atau (banjir kilat) ini disebabkan masalah kawalan pembangunan," katanya selepas melakukan tinjauan ke lokasi banjir malam tadi.

Annuar bertemu penduduk Kampung Bharu yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kelab Sultan Sulaiman semalam.
Annuar bertemu penduduk Kampung Bharu yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kelab Sultan Sulaiman semalam.

Tinjauan bermula dari sekitar Masjid Jamek sebelum ke pusat pemindahan banjir di Kelab Sultan Sulaiman yang menempatkan sekurang-kurangnya 65 keluarga yang kebanyakan dari Kampung Periuk, Kampung Bharu.

Annuar berkata, beliau turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melihat perkara itu secara keseluruhan bagi merangka pelan jangka panjang.

Artikel Berkaitan:

Annuar (kiri) diberikan penerangan serba sedikit situasi semasa banjir kilat oleh petugas di lokasi.
Annuar (kiri) diberikan penerangan serba sedikit situasi semasa banjir kilat oleh petugas di lokasi.

Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 2 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk Masjid Jamek, Jalan Raja Alang Kampung Bharu, Lebuh Ampang dan Genting Klang.