Penganggur didakwa bunuh bekas sami

Gunaselvam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan membunuh bekas sami.
Gunaselvam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan membunuh bekas sami.
A
A
A

KAMPAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas tuduhan membunuh seorang bekas sami bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada R Gunaselvam, 30, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian K Chalappan, 54, di Jalan Kampung Batu Puteh di sini antara jam 7 malam hingga 11.30 malam, 20 Ogos lalu.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 September lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selepas 12 hari koma akibat dibelasah sehingga patah tulang leher.

Artikel Berkaitan: