Sandra Dianne meninggal dunia

Sandra Dianne
Sandra Dianne
A
A
A
SHAH ALAM - Penyanyi dan peserta program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak hospital kepada pegawai penyiasat.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, siasatan awal polis mendapati brek mengejut sebelum hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan kereta yang dipandu Sandra Dianne di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), di sini Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Brek mengejut dipercayai punca peserta Big Stage 3 kemalangan
Artikel Berkaitan:


Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kereta jenis Great Wall yang dipandu mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera di hadapannya.

Turut terlibat dalam kemalangan itu dua buah kereta iaitu Nissan Almera dan Perodua Axia.

Kemalangan terbabit menyebabkan kereta dipandu Sandra Dianne terbalik.